Sunday 7 August 2011

. facebook

Assalamualaikum

dengan ini aku maklumkan bahawa aku tidak akan aktifkan diri aku lagi dalam facebook !
motif aku buat macam nie ? sebab orang yang aku sayang selama nie sanggup jadi duri dalam daging . . urm . . nie hanya rahsia aku seorang . . so , aku takkan bagitahu pada sesiapa . . 

-end- 

. cerita benar

Assalamualaikum

tadi kan at sekolah ada satu program khas . . aku pun rajinkan pergi untuk ke dewan . . bila aku masuk , dewan dah penuh . . so , terpaksa aku duduk at belakang sekali . . masa tu okay aje laa . . ada yang silat sikit . . masa tu memang lawak habis . . sekejap serius , sekejap gelak . . :)

then , bila masa hampir ke penghujung , motivator tu ceritakan satu kisah benar tentang hidup dia . . daripada seorang budak yang amat miskin menjadi orang yang berjaya . . sumpah sedih cerita tu . . dengan cerita adiknya yang buta huruf . . ramai giler students yang mengalirkan airmata . . termasuk aku . . :'(

tadi semasa program tu berlangsung , handphone aku vibrate . . menandakan ada mesej . . bila nak balik sekolah tadi , aku baca mesej tu . . encik redzuan yang hantar . . seriously , aku menangis . . aku ingatkan aku kuat tapi tak . . :'(

mesej yang aku terima daripada encik redzuan
awak . . jaga diri , jaga kesihatan . . hajat saya time raya nanti dah terkubur . . saya still sayangkan awak . . sorry . . mungkin 'H' telah buat hati awak berubah . . awak seorang yang cute , so , awak pasti akan dikejar lelaki lain . . i'm sorry . . banyak yang ingin yang nak kongsi dengan awak tapi tak kesampaian . . 
nota kaki : thanks encik redzuan . . mungkin awak masih belum kenal saya . . saya tak ada apa-apa perasaan terhadap 'H' . . ternyata sia-sia usaha saya selama nie untuk awak percaya pada saya . . pergilaa . . semoga awak bahagia . . saya lepaskan awak dengan hati yang ikhlas . . .

Saturday 6 August 2011

. wordless saturday : khas untuk cikgu

Assalamualaikum

ponteng sekolah - cuma meringankan beban cikgu
mewarnakan rambut - saje nak test cikgu buta warna atau tak
marah cikgu - nak tahu cikgu apa kesalahannya
merayau-rayau at sekolah - nak tengok ada tak kes pergaduhan berlaku
meniru dalam peperiksaan - nak menyenangkan kerja cikgu
conteng meja - memupuk bakat kesenian
gaduh - menegakkan keadilan
tak siap kerja sekolah - hanya ingin menguji kesabaran cikgu

. itu perasaan aku sekarang

Assalamualaikum

kenyang ! kenyang ! buncit perut aku nie . . makan terlampau banyak sampai aku tak larat nak bergerak . . memang confirm badan aku takkan kurus . . makin gemuk laa nampaknya . . lambatnya raya . . kalau lepas raya , boleh aku pergi jogging setiap petang . . kan senang ? HAHAHA :xDD

okay . . aku tak nak mengarut . . try korang baca title post aku . . bukan main lagi kan ? perasaan tu . . hohoho . . but , itu laa yang cuba aku luahkan . . luahan hati aku malam nie . . cewah ! jakun kan ? hahaha . . actually , aku nak umumkan sesuatu . . baca at bawah nie okay ? :P

DENGAN INI , AKU UMUMKAN BAHAWA HUBUNGAN
NURSYAFIQA BINTI HASNAN
&
MUHAMMAD REDZUAN ZAKI BIN MAT TAMIZI
TELAH BERAKHIR TEPAT PADA
11.04 MALAM (06 OGOS 2011)

aku tahu encik redzuan tak setuju dengan keputusan aku nie tapi apa aku boleh buat ? itu keputusan aku . . aku malas nak bagitahu sebab aku break-up dengan encik redzuan . . aku tak nak aibkan diri dia . . kawan baik encik redzuan pun tak setuju aku break-up . . kalau aku berbaik semula dengan encik redzuan , macam mana dengan hati aku ?
nota kaki : kalau ada jodoh , insyaALLAH . . aku akan kembali ke pangkuan dia :)

. tutorial shadow di border blog

Assalamualaikum

nie tutorial kedua aku . . winkwink - rajin pulak aku buat tutorial kan ? hahaha . . kalau nak tahu , shadow di border blog macam blog aku nie . . okay ? aku tak nak buang masa lagi . . aku ikut apa yang aku ajarkan . . by the way , sebelum aku terlupa . . blog yang menggunakan template designer simple yang sesuai . .

1) dashboard > design > edit html > tick expand widget template
2) then , tekan F3 and cari code .content-inner {
3) copy code nie pulak

-moz-border-radius: 35px;
border-radius: 35px;
-moz-box-shadow: 0 0 6px 6px #000000;
-webkit-box-shadow: 0 0 6px 6px #000000;
box-shadow: 0 0 6px 6px #000000;

4) paste code yang korang copy tu at bawah code .content-inner {
*warna merah untuk ketebalan shadow
*warna biru untuk warna shadow . . click sini untuk cari warna tu
5) preview
6) kalau dah menjadi , save !
nota kaki : kalau korang tak jumpa code tu , maknanya template designer korang tak sesuai . okay ? :) 

Friday 5 August 2011

. tutorial centerkan post tittle dan sidebar

Assalamualaikum

heyhey . . malam nie aku nak buat tutorial . . mungkin dah ada yang tahu mungkin jugak tak . . so , jom baca tutorial at bawah nie okay ? :)

1) dashboard > design > edit html
2) then , tekan F3 and cari code

sidebar
h2 {
post tittle
h3.post-title {
atau
h4 {
 3) copy code at bawah nie
text-align:center;
 4) paste at bawah code yang korang cari tadi
5) preview dulu . . kalau dah jadi , baru save . .
nota kaki : kalau nak copy code dalam tutorial nie , tekan ctrl+c . .

Thursday 4 August 2011

. jom nyanyi bersama

Assalamualaikum

heyhey . . aku bosan tahap dewa malam nie . . so , apa kata kalau korang tolong aku untuk hilangkan rasa bosan nie ? boleh tak ? hehehe . . alaaa . . boleh laa *suara dah menggedik sambil kelip-kelipkan mata . . macam nie , jom join aku menyanyi . . nak tak ?

Kisah Dongeng - Stacy
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah
Dari diriku ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
winkwink - amacam ? enjoy tak lagu nie kalau dinyanyikan malam jumaat macam nie ? hahaha . . orang lain berzikir , berdoa tapi aku ? astagfirullahalazim . . :) 

. jika aku ada jam kunci masa

Assalamualaikum

Ya ALLAH . . lamanya masa nie berlalu . . aku dah bosan dah at sekolah nie . . tak tahu nak buat apa . . hari nie aku langsung tak minat untuk belajar . . tak tahu kenapa . . maybe sebab otak masih blur . . ye laa . . demam masih belum sembuh sepenuhnya . . nak belajar memang aku tak ada mood . . hurm . . :'(

sekarang masa ict . . so , aku online guna laptop aku dalam lab . . sempat laa jugak aku rajin jari-jemari kaku aku untuk meng-update blog nie . . orang lain busy dengan kerja kursus , facebook but aku busy dengan blog . . yeah ! hehehe . . so , kalau aku ada jam kunci masa , akan aku cepatkan masa . . biar berpuasa hanya 3jam dalam sehari . . HAHAHA ! :xDD

Wednesday 3 August 2011

. bila tahap kebosanan melanda

Assalamualaikum

aku nak update jugak blog buruk nie walaupun dah sepatutnya masa nie aku lelapkan mata comel aku nie *aku perasan seorang diri . . eh , korang tak perasan ? tak perasan ? sampai hati . . alaaa . . tengok betul-betul at blog aku nie . . tengok ! :xDD

yeah ! aku dah edit blog aku nie . . blog buruk menjadi makin buruk . . hahaha . . bijak kan ? aku tak kreatif macam korang . . tangan aku nie memang tangan batu , keras . . sebab tu apa yang aku buat memang tak jadi . . hehehe . . :)


nota kaki : happy anniversary encik redzuan . . setahun tiga bulan kita sudah bersama . . terima kasih abang sebab sudi terima diri nie . . 


Monday 1 August 2011

. puasa dan demam

Assalamualaikum

hari nie hari pertama puasa kan ? memang mencabar diri aku *ayat macam tak pernah puasa . . hari nie dalam sejarah hidup aku selama 16tahun aku hidup , demam semasa hari pertama puasa . . bukan demam sebab keletihan puasa tapi sebab tak cukup tidur *ayat ayah aku . .

pagi tadi aku pergi sekolah memang lambat . . pukul 7.15pagi baru aku bertolak pergi sekolah . . bila aku sampai at kelas , ramai dah yang datang . . kebiasaannya aku orang pertama sampai sekolah pagi-pagi . . bila masuk kelas , aida orang pertama yang tegur aku . .

aida : lambatnya iqa datang hari nie . .
aku : urm . . tertidur lepas sahur tadi . .

then , aku terus mulakan kerja pertama aku iaitu siapkan nota fizik . . bila dah siap nota fizik , aku mesej dengan encik redzuan . . sekitar pukul 10.45pagi , aku tertidur sampai pukul 12.30 tengahari . . lama kan aku tertidur . . nie semua kes terlampau tak larat . . demam laa sangat . . batuk , selsema , sakit tekak , pedih mata . . nasib baik kawan-kawan aku faham yang aku tak larat . . so , mereka tak ganggu aku . . kalau tak , pantang nampak aku senang , memang diusiknya aku sampai aku naik angin . .

bila balik rumah , terus aku berlari masuk bilik and tidur . . pukul 4.20petang aku sedar apabila mama kejutkan aku sebab aku tak solat zohor lagi . . terus bangun pergi mandi and solat . . urm . . bila dah lepas berbuka and makan ubat tadi , baru selesa sedikit . . :)

Jemputan Terhormat

Copyright©Segala Coretan Ini Milik Si Gadis Comot Yang Bernama Cik Qiqi