Wednesday 13 July 2011

. kebahagiaan keluarga disentap kerana politik

Assalamualaikum

jom baca story hot at bawah nie . . HOT !

Pada suatu malam , ketika sedang makan malam sekeluarga , si anak sulung yang berusia 7 tahun bertanya kepada pada si ayah . .

Anak : Dedi , politik tu ape ?

Ayah : politik itu macam family kita la . Dedi dapatkan duit untuk family kita , so dedi adalah kapitalis . Mama gunakan duit untuk menguruskan family , jadi mama adalah kerajaan . Kakak pembantu rumah kita pulak adalah golongan pekerja . Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa hadapan . Faham ?

Jadi semalaman la beliau yang berusia 7 tahun tu tak dapat melelapkan mata kerana asyik berfikir tentang politik . Sehingga sampai ke satu tahap beliau menjadi jemu dan hampir terlelap . Pada waktu itulah , si adik buat perangai . Meraung tengah-tengah malam .Seram je bunyinya . Ye la , at luar sunyi , terasa macam dalam filem seram pulak . Si anak sulung tangkas dan pantas berlari pergi ke bilik ibu dan ayahnya dengan tujuan untuk memberitahu bahawa pampers adiknya dah basah .

Sampai je kat bilik , dia tengok mama dia tidur terbungkang , air liur meleleh , dan telah meninggalkan tompokan-tompokan di sana sini . Dikejutkan la mama beliau , tapi haram . . tak adanya mama beliau nak bangun . Liat betul nak bangun . Kalau tidak takut menjadi batu , sudah lama beliau mem'flying kick' mama beliau . Tapi beliau agak kehairanan , di mana lokasi ayah beliau , tidak kelihatan di sebelah mama . hmmm . . Malas beliau nak fikir panjang , yang penting adiknya berhenti menangis bak serigala jadian di waktu bulan mengambang penuh . .

Beliau mengambil keputusan drastik untuk pergi ke bilik kakak pembantu rumah untuk memohon pertolongan . Bila dibuka je bilik kakak tersebut , beliau tengok si dedi berWWF Smackdown dengan kakak tersebut . . Malas nak ganggu , beliau pun tutup pintu dan beliau terpaksa menukar pampers adiknya . . pandainya !


Masa bersarapan keesokan paginya , si ayah dengan penuh macho berkata

Ayah : Dah faham ape itu politik?

Anak : Dah!
* penuh yakin*

Dedi dan mama terkejut , dalam hati masing-masing berfikir *besar nanti , confirm anak aku jadi menteri*

Mama : Bijaknya anak mama , jadi ape dia politik?

Anak : Sewaktu kerajaan sedang tidur , golongan kapitalis bekerja bersama-sama golongan pekerja dengan tekun dan gigih . . Akibatnya , rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang dengan najis !

OMG ! OMG !
OMG ! tersentap hati aku . . hahaha . . bijak punya anak . . best giler makna politik . . by the way , cerita nie aku copy daripada seseorang . . so , credit to kumbang desa . .

2 comments:

Jemputan Terhormat

Copyright©Segala Coretan Ini Milik Si Gadis Comot Yang Bernama Cik Qiqi